Microsoft Office PowerPoint

20 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 September 2020 hari Sabtu, seramai 5 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah menyertai Kelas Microsoft Office PowerPoint yang diadakan di bilik Latihan Pusat Internet Niah Suai.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta dan memantapkan ilmu para pelajar dalam mengunakan perisian Microsoft Office PowerPoint. Di dalam kelas ini, para pelajar diajar bagaimana memasukkan latarbelakang slaid dan memasukan WordArt pada Microsoft Office PowerPoint. Pada masa yang sama juga para pelajar diminta untu membuat slaid mereka berdasarkan kreativiti masing-masing.

Disamping itu juga, para peserta turut didedahkan tentang kepentingan melupuskan barang elektronik dengan betul. Pendedahan ini bertujuan untuk membantu memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kesedaran pelupusan sisa ewaste dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali